Pengembaraan Suzaimi (2007)

suzaimi smallAkademi Gemilang 1 ~ Pengembaraan Suzaimi

Terbitan: PTS
Tahun terbit: 2007
Harga: RM16.00

Suzaimi dikurniakan kebolehan meramal masa hadapan melalui mimpi. Kebolehannya itu menjadi sumpahan apabila dia dituduh melakukan jenayah. Akibat salah sangka, Suzaimi terpaksa melarikan diri dari rumah. Semasa dalam pelarian, dia diburu oleh Agen Hades yang bernama Hantu Serigala. Sewaktu cuba melarikan diri daripada Hantu Serigala, Suzaimi telah diselamatkan oleh Agen Gemilang, Agen Jimi dan Agen Naurah.

Suzaimi kemudiannya dibawa ke Akademi Gemilang, iaitu sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar istimewa seperti dirinya. Di sekolah itu, Suzaimi menemui rakan baharu iaitu Izkandar, Asyran dan Azurin.

Pengembaraan bermula apabila Suzaimi terlibat dalam usaha menyelamatkan Mawar daripada memusnahkan akademi. Kali ini Suzaimi dan rakan-rakan baharunya diburu oleh Hantu Serigala dan ditawan oleh Ratu Serpent.

Bagaimanakah Suzaimi dan rakan-rakannya melepaskan diri daripada ditawan oleh Agen Hades? Apakah Gen Gemilang? Bagaimanakah ia berkaitan dengan pelajar-pelajar di Akademi Gemilang?

14 thoughts on “Pengembaraan Suzaimi (2007)”

  1. sambungan novel pengembaraan suzaimi tak ada ke?
    saya minat sangat jalan cerita ni, saya dah cari kat internet tapi tak jumpa.

  2. Slm, mcmana cara saya nak beli pengembaraan suzaimi, jejak kuasa alam dan kunci dimensi ? hrp sgt dpt beli dr penulis sendiri.tq

  3. Macam mane nak dapatkan sambungan novel ni??? Pengakhiran mengata kan ade lagi sambungan yang bertajuk Pengembaraan Suzaimi Bersama – sama Rakan – rakannya…Tapi takde pun..

Leave a reply to izzaaripin Cancel reply