Gila-Gila Cinta

Biar grafik berkata-kata….

10590641_10152339333082914_3837331889212170420_n

10606619_10152340875922914_8190081146800210228_n

 

pizap.com14086288660671

Advertisements

Cinta Dorayaki~Izza Aripin (Alaf21)

Image

Tajuk: Cinta DorayakiPenulis: Izza Aripin
Penerbit: Alaf21
Tahun: 2013
Harga: RM23.00

Sinopsis:

“Alamak! Buku nota keramat aku tertinggal atas meja!”
“Jangan jadi gila, Durrah. Dah lewat ni. Tak hilangnya buku nota tu.”
“Wei…penting. Nyawa aku tu.”

Malangnya buku nota keramat kepunyaan Durrah terlepas ke tangan Zharif sekali gus membuka ruang kepada lelaki itu untuk mendekatiDurrah. Walau pelbagai halangan dicipta oleh Durrah, Zharif tetap tidak mengalah hingga akhirnya berjaya memiliki gadis itu.

Hati Durrah bagai dilambung dan dilapah apabila Zharif sering saja menghilangkan diri. Berhari-hari sampai berbulan-bulan. Sibuk sangatkah menguruskan bisnes sampai tiada masa untuk si isteri?

Emil pula tak segan silu menagih kasih Durrah walaupun wanita itu isteri sepupunya sendiri. Namun dialah tempat Durrah bergantung harapan tatkala Zharif hilang tanpa khabar berita.

Antara Zharif dengan Emil, ada apa sebenarnya? Zharif tak marah Emil sukakan Durrah. Emil pula terang-terangan ugut mahu merampas Durrah daripada Zharif. Durrah di tengah-tengah, tak tahu nak menangkan siapa.

Antara Lanun dengan Gajah, Dorayaki nak pilih siapa?

 

Untuk teaser, sila add diri anda ke Group Melarik Enigma

Cinta Dorayaki (Julai 2013)

292558_613822765297262_33790398_nMenghasilkan Cinta Si Dorayaki (tajuk asal) sebetulnya satu percubaan untuk memuatkannya dalam novel antologi Alaf21. Saya menggarapnya ketika dalam kesibukan mengejar dateline untuk Tolong Pikat Hatinya (Disember 2012). Konon-kononnya hendak menyahut cabaran penerbit untuk menyumbangkan sesuatu dalam novel antologi. Tetapi kemudian, saya berubah fikiran dan kebetulan ketua editor menyarankan supaya novel pendek itu dipanjangkan. Dengan penuh rasa teruja, saya pun mula memanjangkan Cinta Dorayaki supaya menjadi sebuah manuskrip novel yang panjangnya lebih  daripada dua buah novel saya bersama Alaf21.

Dan Cinta Dorayaki mengambil masa yang pendek, tidak sampai satu tahun, untuk disiapkan. Ini satu pencapaian buat diri saya sendiri kerana boleh dikatakan Cinta Dorayaki ialah idea impromtu, yang muncul di kepala tiba-tiba, tidak terancang. Selalunya, saya menulis berdasarkan idea-idea yang telah saya zahirkan dan dibiarkan terpendam sehingga tiba masanya untuk dipanjangkan menjadi sebuah novel. Dan untuk makluman, sekarang saya sedang menulis Sahabat (tajuk sementara) yang sudah pun bermula penulisannya pada tahun 2008. Kini saya menyambungnya kembali untuk terbitan 2014, insya-Allah.

Berbalik kepada persoalan asal, sebenarnya kisah dalam Cinta Dorayaki ini lebih panjang, tetapi terpaksa dipendekkan atas saranan editor. Akan saya paparkan babak-babak yang dikeluarkan daripada Cinta Dorayaki dalam grup saya Melarik Enigma. Sesiapa yang ingin membacanya, silalah ke sana.

Cinta Dorayaki saya tujukan buat rakan-rakan seperjuangan yang pernah berhempas pulas bersama saya suatu ketika dahulu, di suatu tempat. Sebahagian kenangan yang berlaku, saya zahirkan dalam novel ini dan diolah serta ditambah dengan daya imaginasi saya sendiri. Namun watak-watak dalam novel ini tiada kaitan dengan sesiapa, hidup ataupun mati. Ia sekadar lontaran imaginasi saya yang tidak terbendung, meronta-ronta minta dilepaskan supaya dapat dikongsi bersama.

Sudi-sudikanlah menatap buah tangan ketiga saya bersama Alaf21 yang akan berada di pasaran pada Julai 2013.

CSD di tangan editor

579384_582040915142114_378362363_nAkhirnya, setelah berhempas pulas selama tiga minggu tanpa henti, CSD berjaya juga ditulis sehingga ke penamat. Sebelum ini, saya pernah menghantar versi pendek dalam 150 halaman untuk projek novel pendek kepada penerbit yang sama. Tapi editor menyarankan supaya saya memanjangkan CSD menjadi sebuah novel. Maka, saya menyahut cabaran itu.

Mulanya CSD sekadar ditulis bagi menyahut peluang yang diberikan. Tulis pun sekadar suka-suka. Tapi apabila diminta memanjangkan manuskrip ini, pening juga kepala saya memburu idea. Beberapa kali juga saya sunting, buang dan tambah. Mulanya plot dan konflik di rancang begini, tapi akhirnya jadi begitu.

Disebabkan terlalu obses hendak menyiapkan CSD, saya jadi terlalu attached dengan watak-watak utama. Hingga berasakan amat susah hendak meletakkan perkataan TAMAT. Sepatutnya ia habis setakat itu, tapi saya sambung setakat ini. Memang payah benar hendak berpisah dengan ‘rakan bayangan’ yang kini dah bersemadi di dalam manuskrip itu.

Kali terakhir saya rasa obses begini ialah semasa menulis Kasih Pun Bersatu. Tika itu saya amat payah hendak melupakan  Zarul. Dia bagaikan berada di mana-mana saja saya menoleh. Perkara yang sama juga berlaku dengan watak hero dalam CSD. Dan kalau sebelum ni hero dan heroin saya hanya berdasarkan watak fiksyen dan imaginasi saya semata-mata, hero CSD adalah bersandarkan kepada watak manusia yang bernyawa. Yup…hero itu wujud. 50% daripada sikap watak itu saya salin dan terjemah menjadi watak hero dalam CSD. Lagilah kesannya terasa, kan?

Saya dah tak sabar hendak menunggu produk akhir CSD 😀

 

Popular vs sastera

Saya lebih suka menggunakan istilah ‘popular’ daripada ‘picisan’. Definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan maksud ‘picisan’ sebagai tidak berharga, rendah mutunya. Tidak mahulah saya meletakkan karya saya dalam kategori ‘picisan’. Lebih baik popular sahaja. Definisi ‘popular’ menurut sumber yang sama pula ialah digemari atau disukai ramai. Lebih baik ‘popular’ daripada ‘picisan’, tidak begitu?

Selama ini saya hanya pekakkan telinga mendengar perdebatan ini dipanjangkan. Tetapi kali ini saya fikir, saya harus berkata sesuatu mengenainya.

Hanya disebabkan seseorang penulis mengilhamkan novel cinta dan kasih sayang dalam bentuk yang santai yang tidak melampau, karyanya boleh dicap picisan. Agak tidak adil. Lewat kebelakangan ini sudah banyak novel yang bertemakan cinta dan kasih sayang yang amat menjaga kesantunan bahasa, baik dari segi tatabahasa dan ejaan. Walaupun tidak menggunakan bahasa berbunga-bunga yang penuh unsur-unsur sastera seperti metafora, personifikasi, hiperbola dan pelbagai lagi, gaya penceritaan disampaikan melalui gaya tersendiri penulis yang kadang kalanya lebih puitis, walaupun santai.

Apa definisi sastera agaknya? Menurut kamus, sastera bermaksud 1. bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab (bukan bahasa basahan); 2. kesusasteraan–hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Ada panjang lagi maksudnya. Rujuk Kamus Dewan jika mahukan penjelasan yang lebih.

Hmm..melihat kepada definisi tersebut, boleh dikatakan karya sastera tidak menggunakan bahasa basahan, sebaliknya menggunakan bahasa dalam kitab. Kitab apa ya? Ahh…makanya mungkin disebabkan kriteria ini, karya saya ‘terpicis’….ops…’popular’ lebih sesuai. Kasihan….

Walau apa pun tanggapan pengkritik mengenai sesuatu karya itu, saya akan terus menulis apa yang saya tulis tanpa perlu pening kepala memikirkan pada tahap mana ia patut duduk. Yang penting, mesej yang hendak saya sampaikan, jelas. Tema cinta dan kasih sayang tetap menjadi persoalan pokok dalam kehidupan manusia. Hanya cara penyampaiannya sahaja yang berbeza mengikut gaya dan cita rasa sang penulis.

Nampaknya misi kita sama, cuma jalan kita berbeza. Sama-samalah berusaha menghasilkan yang terbaik buat pembaca yang setia.

**Artikel ini disiarkan semula sebagai respons kepada isu novel picisan yang kembali dibangkitkan. Artikel asal terletak di blog Novel Izza@Hani

Recap dunia penulisanku (1997-2012)

Image

Pencapaian dalam bidang penulisan:

1. Sofi, Sri Ayu Publishing (1997)
2. Segalanya Cinta, NHF Media (1992)
3. Sebenarnya Cinta, NH Media (1994)
4. Dan Mimpi Pun Bersatu, Kaki Novel (2006)
5. Kerana Dia Cinta, Kaki Novel (2007)
6. Pengembaraan Suzaimi, PTS (2007)
7. Jejak Kuasa Alam, PTS (2007)
8. Kasih Pun Bersatu, Kaki Novel (2009)
9. Kasih Yang Tak Pasti, Karnadya (2009)
10. Mufin Manja, PTS (2009)
11. Kunci Dimensi, PTS (2010)
12. Srikandi vs Arjuna, Alaf21 (2011)
13. Tolong Pikat Hatinya, Alaf21 (2012)