Kerana Dia Cinta (2007)

KERANA%2BDIA%2BCINTAKerana Dia Cinta
Terbitan: Kaki Novel Enterprise
Tahun Terbit: 2007
Harga: RM18.00

Dalam perjalanan mencari cinta sejati, Gia terpaksa bernikah dengan Ryan berkorban demi menyatukan dua gergasi korporat. Ketiadaan cinta menyebabkan rumah tangga yang dibina retak menanti belah. Hadir Dena menggoncang pendirian Ryan. Rezman dijadikan alat oleh Dena untuk mengejar cintanya. Terhimpit dengan beban perasaan yang semakin sukar digalas, Gia membawa diri ke Teratak Bayu. Siti Hajar hadir menyedarkan dirinya bahawa syurga di bawah tapak kaki suami. Gia pulang dengan hasrat mahu mengubah benci menjadi cinta. Namun Ryan kecundang saat hatinya terbuka menerima cinta Gia.

Mahligai yang dibina tanpa rela akhirnya roboh dek nafsu. Gia membawa hati yang lara ke perantauan bersama dendam. Masa yang berlalu tidak pernah memadamkan dendam dan meredakan benci. Gia kembali sebagai Amani yang sudah menemui cinta sejatinya terhadap Allah. Pulangnya bersama Jiha untuk memulakan hidup baru. Hatinya yang masih luka diketuk oleh cinta Zeek yang hadir tanpa duga. Dalam dilema mencari arah, muncul Ryan menagih cinta dan maaf.

Siapakah di hati Amani? Adakah dia menerima cinta Zeek dengan redha? Atau pulang ke pangkuan Ryan melupuskan dendam? Kerana Dia Cinta….

(Kisah Ryan telah disambung dalam Tolong Pikat Hatinya~Alaf21)

Advertisements

One thought on “Kerana Dia Cinta (2007)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s