Halusinasi (2023)

“Thea… aku tahu kau boleh nampak…”
“Kau boleh dengar…”
“Tolong aku… aku mahukan pembelaan…”
“Kau saja yang boleh membantu kami mendapatkan ketenangan…”
“Thea… kau tak akan terlepas… mereka sedang mencari kau!”
“Lari Thea… kalau kau mahu selamat. Mereka tak akan berputus asa.”
“Kau istimewa… mereka mahukan kau… Kau tahu apa yang mereka tak tahu…”
“Terus menjadi gila. Kau akan selamat.”

Doktor mengatakan dia ‘mentally ill’ dan tidak bersedia untuk hidup normal. Dia ‘gemar’ membayangkan sesuatu yang tidak pernah berlaku.
Dia suka berhalusinasi.

Jika benar semua itu tidak berlaku, maka dia sebenarnya tidak pernah ke KLIA. Tidak pernah ternampak pembunuhan. Tidak pernah dikejar penjahat. Tidak pernah diselamatkan dan disembunyikan oleh pihak berkuasa.
Semua itu tidak pernah berlaku. Semuanya hanyalah halusinasi. Semuanya hanya berlaku di dalam kepalanya.
Detektif Erzad, Detektif Marlia, Kapten Izkandar, Hajah Hasnah dan Mejar Idrees ialah watak-watak ciptaannya. Mereka tidak wujud!

Sebenarnya Thea tidak pernah pun melangkah keluar dari rumah sakit jiwa itu semenjak dia dimasukkan ke situ lapan tahun yang lalu.

Tapi benarkah realitinya begitu?

Author: Izza Hani Ismail

Writer, Editor, Translator

Leave a comment