Morp-heus (2020)

“Kadang-kadang adiwira perlu membuat pilihan paling sukar. Kadang-kadang dia dahulukan orang lain. Kadang-kadang dia dahulukan dirinya sendiri demi kelangsungan orang lain juga suatu hari nanti. Kalau adiwira tak mampu selamatkan diri dia sendiri, bagaimana dia nak jadi adiwira untuk orang lain?” ~ Alif

“Necessary evil? Siapa kita nak jadi tuhan tentukan siapa mati, siapa hidup? Aku tak akan buat pilihan itu.” ~Najmin 

“Kerja saya berbahaya. Keupayaan istimewa ini juga sentiasa meletakkan saya dalam bahaya. Saya tak mahu awak turut tertarik sama dalam dunia saya yang sentiasa bermain dengan bahaya… Pertama kali saya pandang awak, saya dah tahu awak sangat berbahaya untuk jiwa raga saya. Risiko tu saya sedia untuk pikul.” ~Izkandar

Disebabkan terlalu obses memburu pembunuh bersiri, Najmin terjerumus ke dalam labyrinth yang menemukan dia dengan insan-insan berderia keenam. Dia berupaya mengubah takdir menerusi mimpi namun korban nyawa telah dibayar dengan nyawa. Ibarat tikus cuba membaiki labu, Najmin terperangkap dalam permainan sendiri. 

Adakah dia adiwira ataupun pemusnah seperti yang diramalkan oleh Suzaimi? Ataupun dia sekadar seorang pengembara yang suka bermain dengan takdir orang lain?