Comeback 2020: Morp-Heus

Setelah lama menyepi, saya kembali ke dunia penulisan dengan buah tangan baharu iaitu Morp-heus yang menggunakan nama pena Izza Hani. Seperti mana kelahiran Vampira: Kau Hidupkan Cintaku, Morp-heus merupakan karya bergenre fantasi romantis.

Akan terbit ke versi cetak pada Ogos 2020 dengan cetakan print-on-demand.

Saya petik kenyataan yang telah saya uar-uarkan di Group Facebook Contengan Maya Izza Aripin:

Utk makluman Anak-anak Gemilang yg ada dlm grup ni, behold… Morp-heus bukan kesinambungan AG atau kisah ala-ala AG. Ini kisah fantasi romantis (bukan jenis sweet potong kaki tau😝).

Persamaan Morp-heus dgn Siri AG ialah watak-watak utama AG seperti Izkandar, Suzaimi, Asyran, Azurin, Nadia, Sam, Zaab dan Dr. Indah adalah watak dalam novel ini. Nampak seperti sambungan AG bukan? But it’s not. Morp-heus bukan sambungan AG 3: Kunci Dimensi.

Dalam Morp-heus juga ada Detektif Erzad Russel drp novel Vampira: Hidupkan Cintaku.

Morp-heus ni kisah cinta semata-matakah? Tidak. Ada aksi. Ada pengembaraan. Ada semua elemen seperti novel-novel saya terdahulu di bawah nama pena Izza Aripin. Bolehlah anggap Morp-heus ialah comeback tapi guna nama pena IZZA HANI kerana membawa payung fantasi.

Morp-heus akan ke versi cetakan TERHAD print-on-demand. Tidak akan dijual di kedai-kedai buku. Hanya jualan ONLINE sahaja.

Pre-order akan dibuka tak lama lagi.

“Kadang-kadang adiwira perlu membuat pilihan paling sukar. Kadang-kadang dia dahulukan orang lain. Kadang-kadang dia dahulukan dirinya sendiri demi kelangsungan orang lain juga suatu hari nanti. Kalau adiwira tak mampu selamatkan diri dia sendiri, bagaimana dia nak jadi adiwira untuk orang lain?” ~ Alif

“Necessary evil? Siapa kita nak jadi tuhan tentukan siapa mati, siapa hidup? Aku tak akan buat pilihan itu.” ~Najmin

“Kerja saya berbahaya. Keupayaan istimewa ini juga sentiasa meletakkan saya dalam bahaya. Saya tak mahu awak turut tertarik sama dalam dunia saya yang sentiasa bermain dengan bahaya… Pertama kali saya pandang awak, saya dah tahu awak sangat berbahaya untuk jiwa raga saya. Risiko tu saya sedia untuk pikul.” ~Izkandar

Author: Izza Hani Ismail

Writer, Editor, Translator

Leave a comment