Biodata penulis

7919_1246478405888_1347252447_30704169_6099824_s

Saya mula berjinak-jinak dalam dunia penulisan semenjak di bangku sekolah menengah lagi. Banyak karya awal saya diterbitkan dalam majalah sekolah. Akhirnya pada tahun 1997, novel pertama saya berjudul Sofi (Sri Ayu Publishing) diterbitkan hasil daripada pertandingan yang dianjurkan oleh Kharisma Publication. Selepas lima tahun menyepi daripada persada seni penulisan, pada tahun 2002, saya melahirkan novel kedua berjudul Segalanya Cinta (NHF Media). Diikuti pula dengan Sebenarnya Cinta pada tahun 2004 dengan penerbit yang sama. Pada tahun 2006, novel ketiga saya, Dan Mimpi Pun Bersatu diterbitkan di bawah Kaki Novel Enterprise. Dua lagi novel saya yang diterbitkan oleh syarikat ini ialah Kerana Dia Cinta (2007) dan Kasih Pun Beratu (2009). Saya turut menerbitkan himpunan novel pendek atau nopen berjudul Kasih Yang Tak Pasti (2009) bersama Karnadya Solutions.

Selain menggunakan nama pena Izza Aripin, saya turut menggunakan nama pena Hani Ismail bagi penulisan novel awal remaja/kanak-kanak. Di bawah PTS One dan PTS Profesional, saya telah melahirkan empat novel iaitu Siri Satu Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi (2007), Siri Dua Akademi Gemilang: Jejak Kuasa Alam (2007), Mufin Manja (2009) dan Siri Tiga Akademi Gemilang: Kunci Dimensi (2010).

Memikirkan mengenai masa depan dalam bidang penulisan perlu diberikan perhatian yang lebih serius, saya berhijrah ke Alaf21 dan terbitlah novel ke-12 yang berjudul Srikandi vs Arjuna (2011). Novel ke-13 saya berjudul Tolong Pikat Hatinya telah berada di pasaran semenjak Disember 2012. Dan yang terbaharu di bawah imprint yang sama ialah Cinta Dorayaki (2013) yang terbit pada bulan Julai.

Bagi saya, menulis merupakan terapi jiwa. Dengan menulis, saya mampu menenangkan fikiran dan melebarkan jalur khayalan saya sebebas yang mungkin.

Dari mata pena,

AE95056BD55FB9BA9FDFA823C80E4AAA

Advertisements

One thought on “Biodata penulis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s