Srikandi vs Arjuna (2011)

Review ini terpapar di laman Group Review Novel di FB.

Nazira Wahab Review Novel
Novel : Srikandi VS Arjuna
Novelis : Izza Aripin
Penerbit : Alaf 21

Komen saya tentang buku ini mengisahkan kejadian sebenar yang berlaku di dalam masyarakat Malaysia. Perjalanan cerita dalam novel ini mungkin ilusi semata-mata direka oleh novelis, tetapi hakikat yang berlaku mungkin terjadi pada hari ini. Perwatakan gadis tomboy yang bernama Zarida @ Ridd bersama-sama geng brutalnya sangat “famous” di UWB. Zaihan pula dikategorikan sebagai lelaki yang anti-perempuan disebabkan oleh sejarah yang menimpa dirinya. Siapa sangka, dalam menyimpan dendam terselit rasa cinta dan sayang. Lebih malang, Ridd adalah tunangan orang dan dia dijodohkan oleh calon pilihan ayahnya sendiri. Calon yang disangka tepat untuk dijadikan menantu rupanya adalah hantu. Setelah berkahwin, Sharein rupanya seorang yang suka melakukan “sex abusement” terhadap isterinya. Banyak pergolakan yang berlaku dan konflik di dalam rumahtangganya. Siapa sangka, Ridd dan Zaihan bertemu kembali. Zaihan yang banyak membantu Ridd. Kesudahan ceritanya..? Nak tahu kenalah baca sendiri ya..sangat “HAPPY ENDING”.

Sinopsis :

Zarida dan Zaihan belajar di universiti yang sama. Emosi gadis itu tersentak tatkala sering dibuli dan dipandang rendah oleh lelaki itu. Dia berang kerana lelaki itu sanggup berkasar dengan perempuan. Memang lelaki itu menang peraduan fizikal, tetapi dia yakin lelaki itu tunduk dalam pertandingan hati dan perasaan.

Zarida bertekad mahu membuatkan lelaki itu jatuh cinta kepadanya. Selepas lelaki itu rebah di pangkuannya, dia akan memutuskan hubungan mereka, dia akan leburkan kasih itu sebagaimana besi dicairkan. Biar semangat jiwa Zaihan punah, biarkan lelaki itu patah hati. Itu rancangan balas dendam Zarida kerana Zaihan yang berlagak dan dingin itu telah memalukannya dulu.

Sebaliknya, setelah hubungan mereka semakin rapat, pendiriannya mula goyah. Personaliti Zaihan membuatkan hatinya terpaut. Namun, ada satu rahsia dalam sisi hidupnya yang belum diketahui oleh lelaki itu. Dia tidak keruan kerana hakikatnya dia tunangan orang.
Like ·  · Follow post · 14 October 2011
Farah Yohana Husain, Ridha Reewani and 3 others like this.

Farah Yohana Husain Saya dah baca novel ni. Perasaan bercampur baur masa baca novel Izza Aripin ni. Kejap geram. Kejap suka. Kejap marah. Pendek kata semua emosi adalah masa baca. Saya sangat terganggu dengan watak Sharein. Puas hatilah dengan nasib yang menimpa dia. heheh.. Srikandi vs Arjuna memang sebuah novel yang bagus.
14 October 2011 at 23:51 · Like

Nazira Wahab betul, saya setuju dgn pendapat saudari. seharusnya, hidup berumahtangga perlu ada kemanisan, bukan mendera isteri semata-mata untuk kepentingan nafsu serakah. sangat benci watak sharein dan simpati pada zaihan.
14 October 2011 at 23:53 · Like · 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s