Kerana Dia Cinta (2007)

Cari Forum

mijot  Post on 31-1-2012 08:43 PM

akhirnya jumpa novel izza aripin, kerana dia cinta…
lama sggh mencarinya…

mijot  Post on 14-2-2012 12:34 PM
kerana dia cinta – izza aripin
3.3 bintang

walaupun novel ni tak tebal sgt tapi best dan menarik…
citer mengenai kawen paksa…keluarga gia dan ryan setuju satukan gia dan ryan sbb bisnes..
ryan boleh terima sbb bg ryan ni akan menguatkan kedudukan dia dlm perniagaan, nak2 ryan bercita2 nak jadi seperti donald trump…bagi gia pula, dia perlukan cinta…jadi gia menyamar dan kerja disyrkt ryan untuk menyiasat keburukan ryan tapi malangnya tak ketemui…terpaksalah dia kawen dgn ryan…
selepas berkahwen, hidup gia terseksa, dia terpaksa mengikut arahan ryan…hidup gia terkongkong, semuanya perlu beritahu ryan…sampai satu tahap, gia sudah tak mampu bertahan, dia melarikan diri dr ryan dan keluarga…tapi gia dikejutkan dgn dia mengandung…ryan tahu gia mengandung dan mula berlembut dgn gia…di saat gia mula boleh terima ryan, gia dikejutkan dgn hubungan ryan dgn kawan baik yg tikam dia dr belakang iaitu dena…gia minta cerai, dan sbb keputusan gia, dia dibuang keluarga…
gia mengambil keputusan sambung belajar diluar negara dan kembali semula selepas beberapa tahun…akhirnya gia temui cinta yg dia inginkan…

Reply 1223# qimi08
mijot  Post on 14-2-2012 02:31 PM
memang harap ada sambungan sbb ending memang buat saya tertanya2…
lebih kurang mcm ni ayatnya ‘ryan tidak tahu, hatinya bakal diketuk tal lama lagi’
nak tahu bagaimana ryan hidup dgn cinta, sbb bg ryan cinta tiada kamus hidup dia…

Reply 1226# mijot
qimi08
kisah hidup ryan seterusnya he he he nak tahu akak follow cerita ni kat blog penulis
tapi bila dah dijadikan novel akak x baca sbb akak sanggup tunggu sbgan cerita ni seterusnya

 

Blog Along Side

Nak kata citer ni biasa, tak biasa sangat, ada kelainan yang berjaya disulam penulis ini.. Kalau anda jenis pembaca yg suka meneka sambil membaca,mungkin tekaan anda akan tersasar sepanjang membaca buku ini. saya suka elemen ‘tak sangka’ bila membaca dan kehadiran ‘jiha’ dlm kisah ini memang saya tak sangka. Perkaitan antara Emma dan Dena juga saya tak sangka walaupun sifat pendengki tu sejibik sejibon sama jer. Ending berbentuk epilog yg disampai kan penulis mengingat kan saya kepada sesetengah movie yang diakhiri dgn captions mengenai apa yg terjadi kepada watak2 tertentu dlm movie tu 🙂 cara yg baik utk membuat kesimpulan. tak semuanya berakhir dan dpt disimpulkan. penulis seperti membayangkan ada sambungan mengenai kisah Ryan yang makin menghargai cinta. Amani/Gia seperti berjaya menyuburkan cinta dalam hati2 yang sebelum ni cintakan dunia, cintakan harta tetapi terkilan juga bila mata ibu bapanya masih buta dan masih mengagungkan kekayaan duniawi. Bagi saya ending kisah ini perfect buat Gia/Amani dia berjaya membuat Ryan menghargai cinta dan dia akhirnya dpt suami yang menghargai dirinya. Penggunaan lenggok dan bahasa inggeris yg sangat baik, yg kadang2 susah nak jumpa dlm novel melayu.
hmm rasa mcm nak cari karya2 Izza Aripin sebelum ini seperti ‘Segalanya Cinta’ dan ‘Sofi’ 🙂

Mengisahkan Gia yg berkelulusan tinggi sanggup menyamar sbg pembaca pruf semata2 utk mengintip bakal suaminya, Ryan yg sanggup mengahwininya semata-mata utk menyatukan dua syarikat besar. Ryan terus terang menyatakan dia takkan mampu memberikan cinta tapi Gia mahu berkahwin atas dasar cinta. Gia kantoi apabila Dena (kawan baiknya) membocorkan identitinya kpd Ryan. Gia terlalu berharga buat diri Ryan dan dia tak mahu Gia merosakkan segala galanya.

Perkahwinan diteruskan dan ternyata segala-galanya mampu ryan sediakan kecuali cinta. Ryan seperti memperalatkan spt boneka utk ditayangkan kpd rakan2 perniagaannya. Gia hidup dalam kekecewaan. Kekecewaan yg dibawa ke Cameron Highlands menemukan dia dgn keluarga yg serba sederhana dan mendekatkan dirinya pada yg ESA. Apb dia disahkan mengandung, dia cuba menanam niat dlm diri utk memenangi cinta Ryan, Kalau pun Ryan tk dapat memberi cinta, kesetiaannya mungkin sudah mencukupi. Semasa ketiadaan Gia, Dena memasang perangkap utk Ryan dan Gia overheard yg diorang pernah tidur bersama. Gia dilanda kecewa lalu membawa diri sekali lg dn kali ini dlm keadaan sarat mengandung. Gia ditemui tapi bayinya sudah tiada… semua orang menyalahkan Ryan terutamanya keluarga Ryan sendiri. Gia menggunakan peluang ini utk minta dilepaskan dari ikatan perkahwinan ini. Penceraian ini menjadikan ibu bapa Gia sangat marah lalu menyingkirkan dia dari keluarga. Gia membawa diri ke luar negara. Dia kembali sbg Amani yg ayu bertudung. kali ini dia bukan sahaja menarik perhatian Zeek malah Ryan turut meluahkan rasa cinta tak berbelah bagi buatnya.

aduih.. byk nyer nak citer.. baca sendirilah yer.. kalau orang yg suka citer kawin2 paksa ni mesti suka citer nih.. teringat perbualan telefon ngan cp pagi tadi.. dia baru nak rekemen novel ni tapi kebetulan kitorang sama2 abis baca buku ni last night.. 🙂

sure fine whatever
rinn

 

Blog Dunia Novel

Kataku :

KDC bermula di blog melarik enigma…sebuah enovel yang menarik namun aku tidak begitu mengikutinya kerana kehilangan url blog tersebut.

Konflik yang diwujudkan oleh Izza Aripin dalam novel ini begitu menarik perhatian aku..Izza mencipta watak Ryan yang tak suka pada cinta dan dipertemukan dengan Gia yang memerlukan cinta dalam hidupnya dan Gia merasakan bahawa dia tak boleh hidup dengan lelaki yang tidak memiliki cinta seperti Ryan..watak Dena yang diwujudkan juga berkesan..apa yang dilakukan oleh Dena itu adalah reality kerana dalam keadaan sekarang, manusia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan apa yang dihajatinya. Ini dibuktikan oleh Dena apabila dia sanggup mengkhianati kawan baiknya disebabkan dia cemburukan Gia yang akan dijodohkan dengan Ryan kerana dalam masa yang sama Dena sukakan atau lebih tepat cintakan Ryan..Dena sanggup melakukan perkara yang ‘kotor’ semata-mata untuk dapatkan Ryan.

Bahasa dan ayat yang digunakan oleh Izza sungguh sempoi..mudah untuk difahami..ternyata Izza tahu apa yang dikehendaki oleh pembaca kerana bagi aku, bila kita membaca novel, kita hendak relaxkan minda kita jadi novel tersebut tak perlu terlalu berat..tak perlu ada konflik yang berat sampaikan pembaca kena perah otak untuk fikirkan apa yang terjadi seterusnya..bagi ulat buku, jangan lupa dapatkan novel ini..tidak rugi membeli dan menyimpannya sebagai koleksi..

Tahniah buat Izza Aripin..teruskan perjuangan anda dalam bidang ini…terimalah kritikan yang diberikan sebagai pembakar semangat..

 

Blog Wan Amalyn

Kata Wan Amalyn
Nurjia ~ dia mendambakan cinta dalam perkahwinannya. Namun dia tidak sanggup mengambil risiko hidup dalam ‘buangan’ menyebabkan dia terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga walaupun tiada perasaan cinta terhadap lelaki itu.

Ryan ~ dia tidak perlukan cinta dalam hidupnya. Dia impikan taraf Donald Trump dan perkahwinannya adalah satu ‘transaksi perniagaan’ dan peluang keemasan untuk dia melebarkan sayap serta meluaskan empayar perniagaannya.

Mereka disatukan dalam satu ikatan ~ perkahwinan. Dalam mengharungi hidup berumahtangga, pelbagai onak dan duri terpaksa dihadapi. Apatah lagi Gia yang terlalu mendambakan cinta dalam perkahwinannya tidak mungkin dapat dikecapinya dengan Ryan. Ryan dalam mencari erti cinta terpaksa membayar dengan harga yang tak ternilai iaitu kebahagiaannya sendiri. Di saat hati Gia mulai lembut untuk menerima takdir seadanya dia kecewa. Lantaran kesetiaannya dikhianati, dia mengambil keputusan drastik.

Dena ~ demi memburu kemewahan hidup sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengkhianati kebahagiaan sahabat baiknya sendiri. Zeek yang telah jatuh cinta pandang pertama, sanggup lakukan apa sahaja demi cintanya.

Apa kesudahannya ? Bagaimana Gia menangani masalah cinta yang membelengu hidupnya ? Dan Ryan, selamanyakah dia boleh hidup tanpa cinta ? Semuanya terjawap apabila anda menyelongkar Kerana Dia Cinta karya terbaru Izza Aripin ini.

Bagaimana yea… pada aku, Kerana Dia Cinta adalah cerita tentang ‘Cinta’ yang terlalu diimpikan oleh heroin hinggakan dia hampir tewas dalam pencariannya. Gia, pada aku adalah seorang gadis walaupun keras hatinya terpaksa akur pada kenyataan, dia tidak berani untuk hidup serba sederhana setelah bertahun-tahun disogokkan dengan kekayaan. Namun hingga ke satu peringkat bila seringkali ‘dibuli’ dia mula memberontak… dan pemberontakkannya terlalu drastik.!! Bab ni aku suka… barulah terserlah ‘kekerasan’ dan ‘ketegasan’ Gia.

Kesudahan yang menarik kerana pada aku… itulah realiti kehidupan..!! tak semua yang kita impi dan angan-angankan akan kita perolehi. Kadang-kala kita perlu belajar untuk menerima takdir yang telah tersurat buat kita seadanya.

Boleh dikatakan aku puas… walaupun terpaksa bersengkang mata untuk mengetahui kesudahannya.

 

Komen Novelis Ruby Hazry di Guestbook

Salam Izza,

Tahniah dengan kelahiran KDC.
Sejak membeli novel KDC di PBKL ruby belumpun menyentuhnya, sehinggalah beberapa minggu sudah, hati mula tergerak utk membukanya sesudah siap dibalut terlebih awal.

Mula-mula baca cerita sepertimana baca novel2 lain… sekadar baca, mencari tema utama yang cuba disampaikan. Tetapi memasuki sahaja bab penyamaran Gia ruby sudah tidak dapat melepaskan buku ni hinggalah ayat terakhir. Biasa-biasanya jarang ruby dapat habiskan satu buku dalam masa satu hari. Dan buku ini ruby mampu tahan desakan mata untuk menyelesaikannya.

Izza mahir membawa dua watak utama Gia dan Ryan dengan baik, itulah yang menjadikan ianya menarik. Atau mungkin ruby yang ketinggalan untuk mengikuti perkembangan novel-novel hari ini? Entahlah… tetapi pada ruby ia tetap berbeza. Walaupun ceritanya berkaitan dengan perkahwinan atas desakan keluarga.

Dan satu lagi yang menarik; tentang kesudahannya… Tidak dijangkakan. Terus terang ruby katakan setelah membaca KDC, ruby harus akui wajar mencari novel-novel Izza sebelum ini. Tahniah sekali lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s