Dan Mimpi Pun Bersatu (2006)

Blog Along Side

Terima kasih kepada penulis ini kerana sudi melayari laman web saya yg berselerak ni, tak sempat nak kemas dan update. Buku saudari saya berjaya habiskan dalam masa satu malam! Wah tak sangka. Sengaja saya memilih ujung minggu so tht saya boleh guna semua tumpuan, tak sangka pulak boleh habiskan 590 muka surat sepantas itu. Kenapa? Bagi saya kisah ni adalah fresh dan ada kelainan. Kisah cinta berlatarkan kehidupan keturunan darah pahlawan, bangsawan dan raja di zaman modern. Adegan2 pergelutan diceritakan dengan baik dan mendebarkan. Sebelum ni saya amat suka gaya penceritaan Ramlee Awang Murshid dan Liza Zahira (Bahtera Kasih) tentang gerak2 menyerang. Buku ni saya letakkan dalam kategori ’expect the unexpected’ walaupun saya pasti ianya happy ending. Jarang sekali saya memilih membaca buku yg menyelitkan kisah konspirasi politik, nak menggulingkan kerajaan, latar belakang cerita ini menjadikan penceritaan menarik dan tak sabar2 nak habis kan. Tahniah kepada izza aripin.

Mengisahkan tentang cinta Anne dan Iskandar yg bertemu dan berpisah dan bertemu semula. Ada jodoh di antara mereka tetapi Anne tak tahu yang she’s a part of a very huge plan buat Putera Mahkota Dhiyapura. Kebenaran menjadikan Anne kecewa, fitnah telah melontarkan dia jauh dari Iskandar. Iskandar mengambil masa yg lama utk membina semula semangat diri. Ayrin yg cuba disembunyikan dari Iskandar seolah-olah dihanyutkan takdir ke arah Dhiyapura lalu meletakkan dirinya di tengah2 kancah pertelingkahan antara keturunan al-Muttaqi dan al-Mansur.

Sure fine whatever
Rinn

 

Blog Forum Buku

.. dan mimpi pun bersatu, hasil tulisan Izza Aripin keluaran Kaki Novel. Mengisahkan cerita tentang Tengku Iskandar dan Anne di dalam melayari bahtera kehidupan berumah tangga mereka. Tengku Iskandar adalah seorang pemerintah kerajaan Dhiyapura. Manakala Anne pula adalah pewaris kalung Tun Fatimah. Tidak perlu saya bercerita panjang lebar tentang Novel ini, kerana saya percaya kalian sudah pun mendapatkannya di pasaran.

Tajuk Forum:-

Yang mana satu kah lebih meninggalkan kesan? Cerita yang bercorak fairy tale atau pun cerita yang bercorak ilmiah. Wajarkah kita biarkan dunia penulisan dan dunia novel ini dipenuhi dengan kisah cinta semata-mata. Tidak kah ini dikatakan cerita stereotype?

Marilah kita kupaskan bersama-sama tajuk forum ini ya…

Apa kata forum buku?

Bagi saya, jika ingin menulis atau menghasilkan sesuatu karya biarlah yang meninggalkan kesan di hati kita. Biarlah yang berilmu. kerana sesuatu yang berilmu itu akan berkekalan sepanjang zaman. Kadang kala saya merasa kehausan di dalam membaca novel. Saya inginkan kelainan, saya inginkan suntikan baru. Bukan novel ini saja yang saya maksudkan, malah banyak lagi novel di luar sana yang stereotype. Hingga kini, saya masih lagi menantikan kelaianan yang dibawa oleh barisan penulis muda yang terkenal atau pun yang baru melangkah ke alam penulisan. Adakah selama-lamanya kita akan disogokkan dengan kisah cinta seperti ini? bertemu… bercinta… kemudian berkahwin, akhirnya berpisah. Kadang kala saya melihat karya yang dihasilkan seperti tayangan filem hindustan.

Walau bagaimana pun, kredit harus diberikan kepada penulis ini. Berani menghasilkan sesuatu yang saya fikir agak mengelirukan. Mujurlah disertakan dengan diagram susur galur dinasti keluarga diraja kerajaan Dhiyapura. Pada fikiran saya, karya Izza kali ini adalah sesuatu yang stereotype tetapi dgarap dengan cara yang tersendiri. Ketika membaca saya seperti berada di alam yang berbeza, seperti berada di alam fairy tales.

Kredit saya untuk cik Izza, bagus! dan saya harap Cik Izza akan terus berkarya dan menghasilkan sesuatu yang lebih berkesan.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s