Tolong Pikat Hatinya

ryan.png

EPISOD 1

“HEY, hot shot!”

Ryan tersentak daripada lamunan. Lekas-lekas dia membetulkan posisi duduknya. Ryan menegakkan badannya dan terus pura-pura sibuk menatap skrin rata komputer di atas mejanya.

Jeslina tersenyum sinis. Jarang dia melihat Ryan termenung begitu panjang dan jauh sehingga tidak sedar yang ada orang lain sudah masuk ke bilik pejabatnya. Entah apa yang bermain di fikirannya ketika itu.

“Tahniah. Saham kita naik lagi lima puluh sen hari ni.” Jeslina duduk di hadapan meja Ryan. “Apa rancangan seterusnya?”

Ryan memandang Jeslina, pegawai muda itu baru setahun lebih dilantik menyandang jawatan Pengurus Pembangunan Perniagaan di Millenium Properties. Sementelah, Jeslina turut memegang lima peratus saham dalam syarikat itu. Jeslina ialah antara orang kepercayaan Tan Sri Mukriz. Pengerusi Millenium Group itu sendiri yang mempelawa Jeslina menyertai anak syarikat mereka. Tambahan pula Jeslina ialah anak kepada rakan lama Tan Sri Mukriz.

“Itu tugas kau seterusnya. Bukankah kau dilantik untuk tujuan tu?” Ryan mematikan suis komputer. Hari sudah petang. Dia sudah tiada perasaan untuk berlama-lama di pejabat itu. Seharian dia cuba menahan perasaan, menetapkan hati supaya masuk ke pejabat dan membuat kerja seperti biasa. Tetapi nampaknya, usaha itu hanya setakat pukul enam petang.

Baca seterusnya di sini: EPISOD 1

ryan&zara3.png

EPISOD 1

SEJAK pulang dari London, sikap Ryan masih tidak berubah. Malah Jeslina lihat dia sering dilihat termenung panjang. Sudah lama perkara itu berlalu, nampaknya ia benar-benar mendatangkan kesan yang begitu mendalam di jiwa lelaki itu. Jeslina ingin benar mengenali bekas isteri Ryan yang telah berjaya menghuru-harakan perasaan lelaki itu. Semenjak dia mengenai Ryan, Jeslina faham benar dengan sikap Ryan yang mementingkan cita-cita dan impiannya yang hanya dibatasi oleh langit.

Ryan tidak pernah peduli dengan mana-mana gadis yang datang menyembah ke kakinya. Dia hanya selesa berkawan, bukan bercinta. Setahu Jeslina, Ryan tidak pernah jatuh cinta ataupun menyukai mana-mana gadis. Degil sungguh hatinya mahu menerima cinta. Hatta perkahwinannya dengan Nurjia juga bukan atas nama cinta. Semuanya kerana kepentingan impian dan cita-citanya. Malang sekali impian dan cita-cita itu sendiri yang memusnahkannya dan meletakkan dia dalam jerat cinta yang tidak berpenghujung. Ryan seolah-olah telah disumpah oleh cinta yang sekian lama dikhianati dan dipandang sepi olehnya. Sama ada Nurjia yang hebat kerana berjaya menundukkan Ryan ataupun cinta sendiri telah datang membalas dendam terhadap lelaki itu.

Bukan Jeslina tidak pernah mencuba nasib mempertaruhkan perasaan cintanya kepada Ryan. Dia pernah cuba meluahkannya. Namun belum sempat lima huruf keramat itu diluahkan, ramai gadis lain yang membawa semboyan yang sama telah kecundang di hadapan matanya. Lantas dia belajar daripada kesilapan. Menjadi rakan baik Ryan lebih selamat dan terjamin daripada menjadi pemburu cinta yang langsung tiada tempat dalam hidup lelaki itu. Jika difikirkan dalam-dalam, Ryan memang begitu angkuh dalam soal cinta. Mungkin kini keangkuhannya telah memakan diri sendiri. Dia telah kehilangan wanita pertama yang dicintai olehnya gara-gara penipuan dan perangkap nafsu.

Baca seterusnya di sini: EPISOD 2

zara1.pngEPISOD 3

“BAGI aku lima minit. Aku baru selesai bermesyuarat dengan pembekal.” Zara meletakkan telefon. Dia membuka kot pendek dan melemparkannya ke atas kerusi. Tangannya pantas mencapai tisu basah dan mengelap jari-jemarinya. Hari ini sudah ramai yang ditemuinya. Dia bersalaman dengan mereka. Entah apa pula jenis kuman yang sudah berpindah ke kulitnya yang mulus itu.

Tisu basah yang sudah bertukar warna kelabu itu dicampakkan ke dalam bakul sampah. Sehelai lagi ditarik. Dia akan terus menarik tisu sehinggalah tisu itu tidak bertukar warna. Sesudah berpuas hati, Zara membuka laci mengeluarkan bedak kompak. Wajahnya disapu nipis dengan bedak sebelum bibirnya dioleskan dengan sedikit gincu Revlon Super Lustrous berwarna Kiss Me Coral.

Zara mencapai organizer. Terburu-buru dia melangkah keluar dari bilik pejabatnya. Tingkat 22  menjadi destinasinya. Pasti Pengarah Urusan Millenium Group sudah lama menantinya.

“Maaf, lambat sikit!” Zara menarik kerusi di hadapan meja.

Ryan mengangkat kepala sebaik sahaja haruman Escada Incredible Me tercium dek hidungnya. Tersungging senyuman di bibir lelaki itu. “Baru habis mesyuarat?” Ryan meletakkan fail laporan yang baru diterimanya daripada Jabatan Pemasaran.aku lima minit. Aku baru selesai bermesyuarat dengan pembekal.” Zara meletakkan telefon. Dia membuka kot pendek dan melemparkannya ke atas kerusi. Tangannya pantas mencapai tisu basah dan mengelap jari-jemarinya. Hari ini sudah ramai yang ditemuinya. Dia bersalaman dengan mereka. Entah apa pula jenis kuman yang sudah berpindah ke kulitnya yang mulus itu.

Tisu basah yang sudah bertukar warna kelabu itu dicampakkan ke dalam bakul sampah. Sehelai lagi ditarik. Dia akan terus menarik tisu sehinggalah tisu itu tidak bertukar warna. Sesudah berpuas hati, Zara membuka laci mengeluarkan bedak kompak. Wajahnya disapu nipis dengan bedak sebelum bibirnya dioleskan dengan sedikit gincu Revlon Super Lustrous berwarna Kiss Me Coral.

Zara mencapai organizer. Terburu-buru dia melangkah keluar dari bilik pejabatnya. Tingkat 22  menjadi destinasinya. Pasti Pengarah Urusan Millenium Group sudah lama menantinya.

“Maaf, lambat sikit!” Zara menarik kerusi di hadapan meja.

Ryan mengangkat kepala sebaik sahaja haruman Escada Incredible Me tercium dek hidungnya. Tersungging senyuman di bibir lelaki itu. “Baru habis mesyuarat?” Ryan meletakkan fail laporan yang baru diterimanya daripada Jabatan Pemasaran.

Baca seterusnya di sini: EPISOD 3

zara3.pngEPISOD 4

REZMAN sudah pun menempah meja di The Gulai House. Dia tersenyum menyambut ketibaan Ryan dan Zara.

“Aku nak pergi ladies kejap!” Belum sempat duduk, Zara sudah meminta diri sebentar.

“Apa hal? Tiba-tiba ajak makan?” Ryan bertanya.

“Lama tak jumpa kau dan…Zara.” Rezman tersenyum. “Aku dah buat pesanan. Korang tiba lewat sangat.”

“Kau nak jumpa aku ataupun nak jumpa Zara?” soalan sinis Ryan disambut oleh Rezman dengan senyuman lebar.

“Aku memang nak jumpa Zara. Cuma dia tu payah sikitlah, bro. Dah banyak kali dia tolak pelawaan aku. Jadi aku gunakan kau.”

Ryan menggeleng kepala. Jika tidak kerana Rezman ialah sahabat baiknya yang sudah banyak kali menyelamatkan dirinya, sudah  lama dia menumbuk wajah lelaki mata keranjang itu.

“Tentulah dia menolak. Kau kan dah ada bini!” Ryan menekan sedikit perkataan ‘bini’ dengan harapan Rezman sedar diri.

“Tu bini tahanan.”

Baca seterusnya di sini: EPISOD 4

love,romantic,couple,dinner,lake,date-078d3059cc523252273e4aeacd20a0cb_h_large (1)EPISOD 5

ZARA mencapai sehelai Metro Khakis berwarna hitam dan dipadankan dengan  blaus butang hadapan berwarna baby pink. Pakaian yang dipakainya ini sudah pasti tidak menghantar apa-apa isyarat kepada Rezman. Setengah jam kemudian, loceng pintu apartmennya berbunyi. Zara membuka pintu. Rezman begitu segak memakai baju t Polo Sport berwarna merah hati yang dipadankan dengan jean biru pudar.

“Santai,” komen Rezman sewaktu meneliti penampilannya.

Zara tersenyum sambil mengunci gril. Rezman memandang kiri dan ke kanan. Dia nampak kurang selesa berada di situ.

Kenapa?” Zara menyembunyikan senyuman. Butang lif ditekan.

“Dah lama kau tinggal kat sini?”

Rezman memang kurang selesa berada di kawasan rumah Zara. Mengapa gadis secantik Zara boleh tinggal di flat yang nampak lama dan kurang dijaga kebersihannya? Lifnya pun sudah berbunyi-bunyi ibarat lori sampah DBKL. Pada mulanya dia hendak mendaki tangga sahaja tadi memandangkan rumah Zara hanya terletak di tingkat lima. Tetapi bau hancing dan tahi kucing menghalangnya berbuat demikian. Dia hampir muntah tadi.

Baca seterusnya di sini: EPISOD 5

cocktailEPISOD 6

“AKU dah sampai. Kau kat mana?” Zara berjalan pantas menuju ke lobi Hotel One World.

“Ambil kunci di kaunter check-in. Bilik 515.”

Zara mengatur langkah menuju ke kaunter. Selepas mengambil kad kunci, dia menghampiri lif. Pintu bilik 515 dibuka. Serta-merta bulu romanya meremang. Episod hitam yang berlaku lapan tahun lalu menyapa fikirannya. Zara memejamkan matanya dan menarik nafas dalam-dalam. Peristiwa lama tidak boleh mencederakan dia lagi. Yang sudah, biarkan berlalu. Dia memujuk hatinya.

Sepasang gaun biru malam terletak elok di atas katil. Di atas ambal sepasang kasut sama warna masih elok di dalam kotak. Satu set barang perhiasan mutiara dan clutch bag diletakkan di atas meja. Zara harap kesemua itu bukan milik Nurjia. Dia tidak akan sanggup hendak memakainya.

Zara menjeling jam tangan. Lagi 10 minit majlis hendak bermula. Dengan segera dia masuk ke dalam bilik mandi. Sekejap lagi tentu Ryan mencarinya.

Loceng pintu dibunyikan. Zara baru selesai mengenakan zip gaun di tubuhnya. Dengan berkaki ayam, dia membuka pintu. Ryan terpacak di hadapannya lengkap bersut hitam.

“Aku belum siap lagi.” Zara meninggalkan pintu yang ditahan oleh Ryan.

Baca seterusnya di sini: EPISOD 6

Advertisements

4 thoughts on “Tolong Pikat Hatinya

  1. best jugk citer ni tp biler aq nk bace novelnye kt umah msti kene sembunyik2 baca….hmmm benci btullah aq.aq x dpt nk memahami dan menjiwai novel ni….x pelah asalkan dpt bace….

  2. aah klu aq bace msti mk aq mrh tau…mk aq kate novel ni x bagus untuk bdk mcm aq.nnti cepat terpengaruh….tp aq dh banyak kali bace tntg cinta2 ni.tp aq x trpengaruh pon….x pelah bukan aq nk bnci mk aq pon.seteruk mane pon mk aq die ttp mk aq….bukan mk org lain…aq dh brjanji nk jaga mk aq sampai bile2.

    • alah ape yg mk ko wat tu untk kepentingan ko jgk…bukan org lain…ko ni ank die…klu ko ni ank org lain x kn die nk mrh ko…sabar jelah…yg pntg ko wajib jage mk ko sampai biler2`

    • korang ni mmg sejiwa dgn aq.tp mk aq prnh ckp ngan aq yg aq ni bukan ank die ],aq ni ank bodoh.so aq dh x de perasaan klu mk aq bersedih.so do i care!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s