Dan Mimpi Pun Bersatu

dmpb3

PROLOG

Di sebuah daerah bersejarah

“Ke tepi engkau wahai pengkhianat negara!” Keris berluk tujuh itu dihunus ke muka musuh. Hanya selangkah saja sebelum petualang itu terbunuh.

“Lebih baik engkau beredar sebelum engkau ku bunuh. Jangan engkau menghalang laluan ku!”

“Ha ha ha ha!” amaran keras si srikandi hanya disambut dingin oleh si pengkhianat.

“Berpantang maut sebelum ajal. Mari kita berlawan tentukan kemenangan. Hiyaaaa….!”

Keris berlaga keris, lagak seperti dua ekor ayam jantan bersabung. Kedua-duanya mahukan kemenangan. Mereka berlawan tanpa mempedulikan matahari terik di kepala dan kaki yang tidak berselipar.

“Hakim! Anne! Sudah tu. Panas…Mari sini, minum dulu!” Anne tersengih memandang muka Hakim yang berpeluh-peluh menahan serangan bertubi-tubinya tadi.

“Ha ha ha ha…abang dah kalah,” Anne tersenyum kepuasan sambil menyisipkan keris mainannya ke pinggang.

Hakim turut sama tersengih. Geli hati melihat gelagat adik kesayangannya.

Sebenarnya dia sengaja memberi kemenangan mudah kepada Anne tadi. Kalau dia tidak berbuat begitu, tentu Anne tidak akan berpuas hati dan mereka akan berlawan hingga ke malam. Sikap keperwiraan Anne kadang-kadang menakutkan Hakim. Kesungguhan adik tunggalnya itu lain daripada yang lain. Degilnya tiada tandingan.

Baca seterusnya di sini: PROLOG

 

swordBAB 1-1

“Anne!” Rita berbisik keras. “Baik kita patah balik. Kalau mereka tahu, mati kita!” Muka Rita berkerut-kerut menahan serangan nyamuk. Berkeruk-keruk dia duduk di belakang Anne yang sedang meneropong ke sebuah kawasan perkhemahan.

“Yalah, Anne. Aku pun takutlah. Bebudak army tu bukan boleh dibuat main. Mampus kita nanti,” Malini juga bersetuju dengan pendapat Rita. Rancangan mereka hendak menyerang hendap khemah budak-budak maktab tentera itu memang satu kesilapan sejak awal lagi.

Namun Anne begitu bijak bermain kata-kata pujukan hingga mereka terumpan. Nah! Sekarang Rita dan Malini sudah menyesal. Kalau tidur lagi bagus daripada diserang nyamuk dan ketakutan begini. Rita menoleh ke belakang. Takut kalau mereka pula yang diserang hendap. Maklumlah yang hendak mereka lawan itu budak-budak sekolah tentera yang sememangnya pakar dalam hal ehwal membaca gerak-geri musuh.

“Kalau kita ajak Tapa, Yoe, Ganu dan Jusoh kan bagus. Taklah takut sangat macam ni,” ujar Malini sambil memegang bakul yang sarat berisi belon kecil yang diisi dengan pewarna merah. Belon tersebut akan dijadikan senjata untuk dilontarkan kepada musuh-musuh mereka kelak.

Baca seterusnya di sini: BAB 1-1

 

images (18)BAB 1-2

Rita terjun dari tebing dan berlari ke arah Anne yang sedang menyarung harness ke pinggangnya untuk acara mendaki sebentar lagi. “Anne, engkau tahu tak…budak yang kita serang malam tu, kerabat dirajalah!” ujar Rita yang tercungap-cungap menahan lelah.

“Peduli apa aku. Kerabat dirajalah yang telah menyusahkan Tun Fatimah dan Dang Anum. Lagilah seronok aku balas dendam,” Anne mengemaskan tali keselamatan yang meliliti pinggangnya.

Rita hanya menggeleng kepala melihat keangkuhan Anne. “Tengku tu tengah siasat siapa engkau. Hati-hatilah sikit,” pesan Rita.

Anne hanya tersengih sebelum mula mendaki sebaik saja menerima isyarat daripada Komander Omar. Anne akan memastikan bahawa kumpulannya akan menang dalam acara pendakian itu.

Dia mendaki dengan penuh hati-hati. Anne menggunakan seluruh kepakarannya untuk mengimbangi badannya. Dan sekali gus mencengkam batu-batu yang akan membantunya naik ke puncak. Tubuh badannya yang kecil memudahkan dia untuk meninggalkan peserta-peserta lain jauh di belakang.

Baca seterusnya di sini: BAB 1-2

 

images (17)BAB 1-3

Anne berjalan ke hulu ke hilir. Hatinya resah tidak menentu. Fikirannya kusut seketika. Baru sebentar tadi Tengku Iskandar menelefonnya. Pemuda itu ingin bertemu dengannya. Katanya hal penting. Suara Tengku Iskandar berbunyi cemas. Anne terus dijangkiti perasaan bimbang. Entah-entah Permaisuri sudah tahu tentang hubungan mereka.

Takut Anne memikirkannya. Jika benar, dia tidak tahu bagaimana harus dia hidup tanpa Tengku Iskandar. Bunyi hon kereta di hadapan rumah mengejutkan Anne daripada lamunannya. Tengku Iskandar sudah tiba. Anne yang masih berseragam sekolah segera berlari turun ke bawah. Tanpa pengetahuan mama atau abang, Anne menyelinap keluar. Kereta Mercedez hitam bercermin gelap telah menantinya di hadapan pagar rumah.
Sebaik saja pintu dibuka, Anne terus masuk dan kereta itu bergerak meninggalkan kawasan perumahan tersebut.

“Apa yang cemas sangat ni, Iskandar?” Anne memandang ke arah Tengku Iskandar.

Tengku Iskandar tidak segera menjawab. Dia menggenggam erat jari jemari Anne. Wajahnya nampak sugul.

Baca seterusnya di sini: BAB 1-3

 

GunungYongBelarPart2BAB 2-1

Keadaan  hutan pagi itu masih damai dan sunyi. Matahari masih belum terik bersinar. Udara masih dingin dan menyegarkan. Air di empangan Blue Valley tetap sejuk membeku. Teragak-agak Anne membasuh mukanya apatah lagi untuk mandi. Namun digagahkannya juga untuk memijak dasar empangan. Serta merta kakinya terasa seperti digenggam ais. Anne menjerit.

“Sejuknya!” Cepat-cepat dia melompat naik ke tebing apabila selesai membasuh muka dan memberus gigi. Subuh tadi, dia sudah menghabiskan air mineral yang dibawanya untuk berwuduk. Kini bekalannya itu sudah habis. Terpaksalah dia turun ke empangan untuk mengambil air yang dingin seperti salju itu.

Terketar-ketar Anne kembali ke kawasan khemah. Tanpa membuang masa dia terus memanaskan tangan dengan memegang periuk yang sedang bertenggek di atas stove. Terasa kurang sedikit kebas di tangannya.

Hasnizam tergelak melihat telatah Anne. “Ini belum tiba di puncak lagi engkau dah sejuk macam ni,” tegurnya.

Baca seterusnya di sini: BAB 2-1

12 thoughts on “Dan Mimpi Pun Bersatu

  1. assalammualaikum kak, sy budak ting 5 skrg nih dan sy mmg pminat nvl dan mimpi pun bersatu akak. sy bc novel tu time sy darjah 6 tp sygnya sy kehilangan nvl faveret sy tu. sy pun *BARU* sedar akan keeujudan kasih pun bersatu HARI INI. >\\\\\< jd sy nk tanya.. dua2 novel ni msih ada stok tak kak? terima kasih.. hrp kakak balas secepat mgkin.. ^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s